Thursday, 1 August 2013

◘ Forever ◘

Heyooo . Assalamualaikum . Harini tiqah super duper happy k sebab ujian percubaan PMR sudah tamat dan tiqah boleh relax . PMR ? lagi 2 bulan so tiqah nak enjoy raya tahun ni bersama sama kawan tiqah , family and cousin tapi percaya lah tiqah takkan lupa belajar . Sekarang tiqah hanya perlu fikir tentang raya .. Tema baju raya tahun ni warna "HIJAU" warna kegemaran nabi tau .. Hehe . 
Harini tiqah nak cerita pasal kawan tiqah yang paling paling paling tiqah sayang :') 
Dia seperti abang kepada tiqah , Tiqah seperti adik bagi dia .
Bukan sorang k tapi dua orang . First nama dia izzuddin , second nama dia syakir  :') 
Mybe korang tak kenal diaorang tapi kalau korang kenal .. korang mesti taknak lepaskan diaorang dekat orang lain :'p
Macam mana tiqah kenal diaorang ?
Sebenarnya tiqah kenal izzudian dulu sebelum syakir . Tiqah kenal izzuddin dekat FB tahun lepas  , mula mula sumpah tiqah tak kenal dia .. Hmm masa tu bufday dia lepastu dia mintak tiqah bagi hadiah , ntah tertibe tiqah pun tergerak hati nak belikan dia hadiah . Tiqah pun bagilah dia teddybear comel yang kecik lagi montel macam dia . Eceehh :'p Then kitaorang jadi lah kawan biasa biasa dulu tertibe pulak tahun ni sama kelas dengan dia . Haha . Memang tiqah rapat dengan dia jela sbb mula mula tiqah kenal dia sorang je , sufian masa tu couple dengan bdak kelas :'p so kitaorang belum ade pape hubungan lagi . hehe . mula mula hanya izzuddin teman sejati tertibe datang yang kedua syakir .. tiqah tak kenal dia taktau pape pasal dia , dulu kitaorang suka sangat gaduh ! mesti ada je benda yang salah yang tak betul . dulu jela tapi sekarang ? dia dah macam abang yang kuat merajuk ! huh ! susah gila nak pujuk dia dengan izzuddian , sama jela perangai heh -.- nak buat macam mana kan , kalau dia boleh layan kerenah tiqah takkan tiqah tak boleh nak layan kerenah dia kan ? Hmm tiqah harap kitaorang akan jadi "BESTFRIENDS" untuk selama lamanya ♥ Amin :')


- Izzuddin - -Syazwan Syakir-
- They're MINE FOREVER -
- I Love Both Of You-


Wednesday, 31 July 2013

I Won't Give Up :')

Assalamualaikum dan selamat malam . Ape khabar rakan rakan sekalian ? sihat ? dah lama tiqah tak update blog kan ? korang pun tahu kan yang tiqah sedang menghadapi peperiksaan trial PMR :') Doakan tiqah tau . Sebenarnya harini tiqah bukan nak cerita pasal TRIAL tapi pasal shamsul .

Untuk beberapa minggu ni tiqah tak boleh pegang phone sebab ibu suruh fokus kan PMR . Lepas tiqah bagitahu dia yang tiqah tak pakai phone dia pon macam okay tak kesah tapi maksud tak kesah dia tu memang macam tak kesah langsung . Dah lebih 2Minggu tiqah tunggu dia call , 2Minggu k ? dia macam abaikan tiqah , biarkan tiqah dan tiqah taknak lah dia tinggalkan tiqah macam ituu jee .. so tiqah pun curi curi call dia then dia boleh cakap "kau nak apo?" see? dia macam dah tak kesah . dia tak rindu langsung dekat tiqah :'( dia tak cakap pun yang dia rindukan tiqah  , tiqah hanya boleh tahan tangisan yang ingin mengalir . Mungkin tiqah tak dapat call dia msj dia macam dulu tapi sekurang kurangnya dia beri semangat dekat tiqah , sokong tiqah macam dulu dulu :'( Tiqah call dia then dia macam nak taknak layan je .. tiqah tanya kenapa senyap lepastu dia jawab biarlah biarlah .. sumpah dia tak pernah cakap camtu :'( selalu dia cakap "aku senyap sebab nak dengar suara merdu kau" tiqah sentiasa ingat kata kata manis dia dan tiqah harap dia ikhlas tapi tiqah tak pasti sama ada dia ingatkan tiqah atau tidak .. tadi tiqah stalk FB dia , tiqah baca semua kenangan kitaorang lepastu tiqah terjumpa ayat ayat manis yang dia beri dekat tiqah *gambar dekat atas* 
Tiqah harap hubungan kitaorang dilanjutkan dan tidak akan berakhir :') In Shaa Allah . Tiqah takkan berputus asa , tiqah akan tunjukkan dekat dia yang tiqah prihatin dan selalu ingatkan dia , doakan keselamatan dia dan mimpikan dia :')

- Saya Rindu Kenangan Kita - 

Saturday, 20 July 2013

4Months :')


Assalamualaikum .
Harini ialah hari ulang tahun tiqah dengan shamsul yang ke 4Bulan . Alhamdulillah kami masih berkekalan dan berharap akan berkekalan sampai bila-bila :') 
Sambutan ? Sambutan yang pertama tak menjadi sangat sebab maxis buat masalah so kitaorang tak dapat nak bermanja manja dan lepaskan rindu :'( Malam ni kitaorang akan sambut puas puas dan berharap malam ni maxis tak buat masalah lagi -.- Kalau dia buat masalah lagi , tiqah terpaksa beli nombo digi or celcom . Arghh kadang kadang maxis ni jinak tapi dalam diam diam dia menganas ! 


Tiqah dengan shamsul sudah berjanji untuk tidak ada scandal lain dan berjanji untuk bersama dikala senang mahupun susah :') Mungkin janji kitaorang terlalu tak logik tapi memang tiqah berharap sangat dia tunaikan janji dia sebab dulu pun kitaorang pernah janji macam ni tapi biasa lah lelaki punya perangai , tak cukup satu pasang lagi satu :'/ Hmm harap sangat tak berulang . Tiqah dah penat marah dia dan penat kena maki dengan dia :'( Kalau kitaorang gaduh memang tak ingat dunia langsung ! Selagi tiqah tak minta maaf selagi tu dia akan lawan cakap tiqah tapi walaupun kitaorang gaduh macam anjing dengan kucing , dia tak pernah sekali pun sebut perkataan "CLASH" . Yang pernah sebut perkataan tu ialah tiqah , dah dua kali tiqah cakap dekat dia dan dia pun redha masa tu :'p Hehe . Biasa lah kan ? Semua perempuan kalau marah mesti sebut perkataan tu kan ? kan ? Mungkin ? Hmm .. 
Pagi tadi ramai gila wish anniversary kitaorang , auhhh thanks :* Jasa kamu takkan saya lupakan .
soooo hmmm HAPPY ANNIVERSARY TO ME ♥

I am in love with your SMILE .
I am in love with your VOICE .
I am in love with your BODY .
I am in love with your LAUGH .
I am in love with your EYES .
I am in love with YOU :')
When i tell you i love you, i don't say it out of the habit .
I say it to remind you that you're the 
best thing that has ever happened to me .


Thursday, 18 July 2013

Happy Bufday ♥

Assalamualaikum dan Hai .. Harini bukan hari yang special untuk tiqah tapi harini ini hari yang paling berharga untuk kawan tiqah yang paling dicintai iaitu NURUL ASYIQIN BINTI ROSAZALI :') She's my bestie and my beautiful princess . 
Dear Bestie ,
You see, I love you and I don't want to lose you because my life has been better since the day I found YOU . There is no better friend than a sister And there is no better sister than YOU . I just want you that's it. All your flaws , mistakes , smiles , giggles , jokes , sarcasm .Everything. I just want YOU. I honestly don't know what i would do without YOU. 
I hope now that i took my heart out, you will keep it because i don't have a clue how to put it back. And if you don't want it because it's full of blood don't worry because I can wash it off, And put a ribbon around it. Anyways just wanted to say I Love YOU ♥

our memories :'>







GREAT FRIENDS
Are
HARD To FIND .
DIFFICULT To LEAVE .
IMPOSSIBLE To FORGET :')
 - HaPpY bUfDaY -
I ♥ U 


Thursday, 4 July 2013

Haters Gonna Hate --'

Assalamualaikum , Lamanya tak update blog sampai berhabuk blog tiqah . Okay , First tiqah minta maaf sebab dah lama tak update blog . Second tiqah dah mula berbaik dengan family , family tiqah pun dah mula faham tiqah . Alhamdulillah bersyukur pada tuhan .. sudah hampir 4Bulan tiqah couple dengan shamsul dan alhamdulillah semuanya masih boleh dikawal . Hari ni tiqah nak cerita pasal haters tiqah yang tak sedar diri lagi --' Nama dirahsiakan . Umur 16 . Sekolah sama dengan kitew laa .. haha . Okay let's begin the story ..

Haters tiqah ni benci tiqah sebab tiqah rampas boyfie dia yang dia sayang gila babeng sebenarnya bukan tiqah yang rampas , boyfie dia yang terhegeh hegeh like a puppy datang dekat tiqah . Nama dirahsiakan ! Hehehe . Okay cerita ni sebenarnya dah lama sejak sebelum tiqah kenal shamsul , lama kan ? Tapi kenapa dia masih nak ungkit cerita lama tu ? Tak paham dengan haters aku sorang ni , kalau dia sayang dekat boyfie dia tu kenapa tak pergi je dekat boyfie dia kan ? Kenapa nak carik tiqah sampai ke lubang cacing ? Urghh .. Haters gonna hate right ? Menyampah --' 

Tadi dekat sekolah haters tiqah nak jatuhkan tiqah dekat tangga , gila tak gila ? Takkan sampai nak tiqah mati ? Kalau aku mati memang aku bangun balik carik kau then bunuh kau --' Tiqah tak paham la dengan perangai dia lagipun dia dah ade boyfie baru yang handsome gila bhai >< Takkan still sayang dekat EX and takkan masih nak ungkit kisah lama ? Dia haters tiqah yang paling bodoh ! Semua kawan-kawan dia okay je dengan tiqah walaupun dulu diaorang benci tiqah , Sekarang baru lah tiqah tahu kenapa ibu tiqah tak bagi tiqah sayang lelaki lebih lebih sbb nanti mungkin kita akan jadi macam haters tiqah ni hah --'

Beberapa bulan yang lepas kawan tiqah TERlanggar dia then dia nak maki maki kawan tiqah , takkan tak boleh cakap elok elok ? Memang kena cakap kasar ke ? Nama pun terlanggar bukannya dia sengaja langgar , Memang benggang la kan ? Sape yang tak benggang ade orang tertibe maki kawan baik kita kan ? Kalau tiqah memang bagi makan kaki je tapi fikirkan dia pun manusia kan so tiqah malas la bagi makan kaki , hehe sebenarnya takut nanti dia bagitahu mak ayah dia . Haha ! 

Okay , Tiqah bukan nak ungkit pasal kawan dia tapi kawan dia pun suka dekat shamsul tapi takde lah tiqah sampai nak maki kawan dia sbb suka boyfie tiqah lagipun suka je kan ? kalau melebih memang kena la .. Lelaki bukan seoarang la ramai lagi yang dekat luar sana --' Kalau tiqah dah putus dengan shamsul pun nak take over .. suka hati lah , i don't care sbb dia bukan kepunyaan tiqah tapi sekarang dia kepunyaan tiqah , aik ? asal tertibe aku cerita pasal shamsul pulak --' Sorry . hahaha . Haters , I hate you . k bye .

Sampai disini sahaja kisah tiqah dengan haters tiqah , in shaa allah kalau ada yang terbaru tiqah akan update kay :*

Thursday, 6 June 2013

MoM ♥

Hye Dear Stalkers And Assalamualaikum . Hmmm Agak lama tiqah meninggalkan alam blog kan ? Rindu pulak rasanya :* Nak tahu sesuatu tak ? Harini hari paling teruk yang tiqah pernah alami iaitu kerana tiqah dituduh mencuri :'< Okay okay ... Yang paling sedih sekali ialah orang yang tuduh tiqah tu ialah ibu tiqah sendiri , perasaan tiqah agak kecewa tapi nak buat macam mana kan ? Lumrah hidup .. Mungkin disebabkan kisah silam :'/ K malas nak ingat . Semalaman tiqah menangis sebab ibu kata ibu takkan maafkan tiqah sebab mencuri tapi sumpah demi allah tiqah tak curi satu sen pun , kenapa susah nak percayakan tiqah ? hina sangat ke tiqah ni ?

For You Mom =

 Ibu , please faham perasaan adek :'< Ibu nak rampas semua kesenangan yang ibu beri kepada adek ? Tapi kenapa ? Soal selidik pun takde , ibu main tuduh je ? Adek pun ade perasaan ? Adek taknak kurang ajar dengan ibu sbb adek hormat ibu tapi cuba sekali dengar cakap adek .. Adek tahu dulu adek pernah amik duit ibu tapi itu semua perangai adek yang dulu ! Ibu , adek bakal menghadapi peperiksaan menengah rendah so adek harap ibu dapat maafkan adek , doakan adek dan jangan salah faham tentang adek .. Adek sayangkan ibu dan adek taknak ibu berhenti percayakan adek sbb kepercayaan ibu sangat penting untuk adek . Mungkin adek bukan anak yang terbaik tapi adek cuba buat yang terbaik untuk ibu , Hanya Untuk IBU :'> Adek dah berjanji dengan ibu kan ? Dan adek akan tunaikannya . Ibu hanya perlu percayakan adek k . 
I promise i will make you PROUD of me :'>

Friday, 24 May 2013

Ex Friend ?

Assalamualaikum Stalkers , Nampak tak gambar tu ? Hehe , Nama dia Intan dan dia ialah bekas bestfriend saya :') Dulu dia adalah guru , pendegar dan sahabat yang paling setia tapi sekarang ? Dia berubah dan semakin berubah , perangai dia dah berubah menjadi sesuatu yang lain , Dia terlalu percayakan cinta monyet dan kerana cinta dia sanggup buat apa sahaja demi lelaki yang dia sayang . Takperlu mention nama laki tu sbb tak penting pun :'p Btw , dia juga punca pertemuan saya dengan shamsul . Saya sayangkan dia tapi semua orang mengata dia , Semakin saya tak tegur semakin dia naik kepala . Saya faham perasaan dia yang disakiti tapi tak perlu sampai nak berubah kan ? Tunjukkan dekat laki tu yang kita boleh hidup tanpa dia , TUNJUKKAN ! Tapi bagi dia , ianya cuma sia sia , Tiqah dah penat nak nasihatkan dia lagipun dia lebih suka disakiti agaknya :'3 Hmm , Kenangan kitaorang amat indah dan sekarang kitaorang dah mula dapat kawan baru , dia dah ade classmate dia dan tiqah pun dah ade classmate tiqah so takde sape yg akan kesunyian :D Tapi dia masih ingin jadi kawan baik tiqah , Maafkan saya okay intan ? Saya dah ada perjalan yg baharuu :D